budak ketot nak bercerita ni ^^
Siapa tahu dalam HATI aku ni :'(
Tuesday, May 22, 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamualaikum ...



Kalau ada insan yang berkata, "Hidup saya selalu bahagia. Saya tidak pernah berasa sedih", percayalah kata-kata saya, dia seorang penipu. 

Dear My Lovely Boy Amirul Azeem ♥ 


Hidup, kadangkala kita rasa bahagia. Kadangkala kita pasti akan berasa sedih. Bersyukur sekiranya sekarang kita berasa bahagia. Itu nikmat daripada Allah. Bersyukur juga sekiranya  sekarang  kita berasa  sedih. Itu tandanya Allah sedang menguji kita dan Dia sedang merindui suara kita. Balaslah kerinduan itu dengan doa. InsyaAllah, hanya dengan mengingati Dia akan terbit kebahagiaan. Walaupun dalam kepahitan. 




Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan...."






Umpama cuaca. Kadang cerah, kadang mendung. Dan disebalik aturan itu ada hikmahnya. Kalau selalu cerah, kasihan pada tumbuhan yang akan kekeringan. Kalau selalu mendung, tumbuh-tumbuhan juga akan mati kerana tidak memperoleh cahaya. Begitu jugalah dengan kehidupan manusia, jika hidup  cuma satu warna mungkin ia cantik bagi sesetengah orang tetapi pastinya akan berasa kejemuan juga. Ya, selang seli susah dan senang sangat menguji. Ya juga, hidup ini kadang kala mengerikan. Tetapi lebih tepat, hidup ini adalah nikmat yang sedang kita kecapi sekalipun dalam ujian yang maha hebat.






Pesan saya, nikmatilah hidup ini. Setiap detik. Ramai yang beranggapan bahawa menikmati hidup ini hanya dengan cara bersuka-ria. Enjoy. "Ya la. Hidup cuma sekali, so kita enjoy!". Itu kata merekaHakikatnya, menikmati hidup ini adalah dengan menghargai setiap detik masa hidup yang berjalan. Menjalani hidup dengan cara yang terbaik. Apabila menuntut ilmu, menuntutlah dengan sebaik-baiknya. Apabila beribadah, beribadahlah dengan sepenuh hati, dan apabila diberikan apa jua tanggungjawab mahupun tugas, buatlah dengan cara yang terbaik. Mungkin tidak mampu  untuk mencapai kesempurnaan. Sekurang-kurangnya kita mempunyai usaha kearah itu.




"Surely, Allah s.w.t loves that whatever work you do, you do it with excellence"

[Prophet Muhammad s.a.w]

"Sesungguhnya, Allah mencintai setiap pekerjaan yang kamu lakukan, kamu lakukan dengan sebaik-baiknya"



 Jangan kerana  satu hal yang menyedihkan, kita mula berputus asa. Berduka cita. Dan jangan pula detik-detik masa itu dibiarkan berlalu dengan perkara yang sia-sia. Nescaya kita akan menjadi orang-orang yang rugi.  Alangkah indahnya sekiranya detik masa itu digunakan sebaik-baiknya. Selari dengan syariatNya. Barulah kita menjadi orang-orang yang beruntung. InsyaAllah.






p/s : pray for my relationship lasted until the last breath .
         though we do not always contact, never face to face, I always loved you ♥ 



(: Pecah kaca pecah simen lepas baca harap komen :)




Older Post . Newer Post